Dalam kenyataan CNBC, CEO syarikat Lenovo, Yuanqing Yang, melaporkan akan melancarkan telefon pintar Razr pada tahun ini tidak lama lagi. Namun tiada sebarang informasi yang diberikan tentang model tersebut. Menurut khabar angin yang tersebar, kemungkinan akan dilancarkan pada 1 Jun 2023.
Katanya lagi, beliau mensasarkan Razr 2023 akan hadir dengan versi yang lebih baik dari segi penambahbaikan engsel dan kefungsian boleh dilipat. Tambah beliau, dia merasakan harga untuk telefon boleh dilipat pada pasaran OEM agak tinggi dan menjangka penurunan harga pada masa akan datang.
Selepas pengumuman yang dibuat, terpampang sedikit sedutan tentang Motorola Razr 2023. Ia mempunyai skrin luaran yang lebih besar berbanding model sebelum ni dan turut menambah lensa kamera belakang. Seperti yang diberitahu Yang, akan ada penambahbaikan yang besar pada model Razr tahun ini terutama sekali pada bahagian engsel dan juga dalaman.
Sumber: AndroidCentral
More Stories
Android 16 Gets a Makeover, Gemini Takes Center Stage Across Google
Nothing Phone (3) Price Point Revealed, Flagship Ambitions Set for Summer 2025
HONOR 400 Series Debuts Groundbreaking AI Image-to-Video Feature Powered by Google Cloud AI