DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

OPPO Find N2 Flip Telah Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3999

OPPO baru sahaja merasmikan pelancaran OPPO Find N2 Flip di Singapura untuk pasaran Malaysia pada harga RM3999 untuk variasi 8GB RAM dan 256GB storan. Pra-tempah mulai hari ini sehingga 10 Mac 2023. Ini merupakan peranti dengan skrin boleh lipat jenis clamshell pertama daripada OPPO.

Antara ciri menarik yang diketengahkan pada OPPO Find N2 Flip ni adalah skrin luaran dia yang berukuran 3.26″ sejenis OLED, lebih besar berbanding telefon pintar boleh lipat jenama lain. Pelbagai widget yang disediakan untuk memudahkan anda tanpa perlu buka skrin dalaman seperti membaca notifikasi, membalas mesej dan menjadi paparan untuk swafoto menggunakan kamera utama.

Untuk berikan paparan yang memberangsangkan, skrin sejenis AMOLED digunakan pada skrin utama dia dengan 120Hz kadar segar semula. Anda juga boleh melihat skrin dia dibawah sinaran cahaya matahari kerana ia mempunyai kecerahan puncak mencapai 1600 nits.

Selain itu, cip Mediatek Dimensity 9000+ digunakan sebagai penggerak OPPO Find N2 Flip, digabungkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan. Ia juga ada kapasiti bateri sebesar 4300mAh dengan 44W SuperVOOC pengecasan pantas. Ini merupakan kapasiti yang paling besar pernah ada pada telefon pintar boleh lipat jenis clamshell.

Dari segi kamera, ia terdiri daripada 50MP kamera utama dan 8MP kamera ultra sudut lebar. Kamera swafoto pula sebesar 32MP. Untuk berikan hasil yang menakjubkan, cip ISP MariSilicon X turut disertakan untuk membantu dari segi pemprosesan gambar yang lebih baik. Dengan kolaborasi Hasselblad, ada mod khusus yang anda boleh gunakan menjadikan gambar anda nampak lebih istimewa.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lagi tentang OPPO Find N2 Flip, nantikan ulasan penuh daripada kami. Pra-tempah boleh dilakukan di sini.