DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Kini Rasmi, OPPO A98 5G Di Malaysia Dengan Harga RM1399

Hari ini kita menyaksikan Oppo A98 5G diperkenalkan secara rasmi di Malaysia. Ia hadir dengan paparan berukuran 6.72″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. I juga dikuasai oleh Snapdragon 695 5G, digabungkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan. Kapasiti bateri yang dibekalkan 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC yang mana mampu untuk capai 100% dalam masa 44 minit sahaja.

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan 3 lensa kamera yang terdiri daripada lensa sudut lebar 64MP, lensa makro 2MP, dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian hadapan, ada kamera swafoto dengan 32MP. Pengimbas cap jari terletak pada sebelah kanan, sekali dengan butang kuasa.

Ia menggunakan sistem operasi ColorOS 13 berasaskan Android 13. Tambahan lagi, sokongan audio stereo pada bahagian atas dan bawah telefon dan sambungan audio 3.5mm juga disertakan.

Pra-tempah sudah boleh dilakukan di mana-mana OPPO Brand store termasuklah DirectD OPPO Brand Store di SS15, Subang Jaya, DirectD Mega Store, PJ, DirectD Digital Mall, Kajang, dan DirectD Gateway Seremban dari 15 Mei hingga 19 Mei dan boleh mendapat hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1247.