Don Box, ketua perisian AR Meta, telah meninggalkan syarikat tersebut atas sebab-sebab peribadi, menurut laporan Reuters Jumaat lalu. Hal Ini boleh menyebabkan pembangunan OS khas untuk cermin mata AR Meta terjejas, yang dijangka dilancarkan pada tahun depan untuk ‘internal user’ dan ‘developer’ terpilih dan pada tahun 2027 untuk pengguna.
Box telah diambil bekerja pada tahun 2021 untuk mengetuai pasukan perisian AR selepas kegagalan projek XROS, yang bertujuan untuk mencipta OS selaras untuk VR dan cermin mata pintar Meta. Sebelum Meta, Box bekerja di Microsoft dan mengetuai kejuruteraan untuk ‘mixed reality’ dan OS Xbox One.
CEO Meta, Mark Zuckerberg dan CTO, Andrew Bosworth telah berkata bahawa cermin mata AR adalah matlamat utama mereka untuk mencipta metaverse dan menggantikan peranti lain, tetapi mereka masih menghadapi banyak cabaran dan kos yang tinggi.
Sumber: Reuters

More Stories
HONOR Celebrates Creative Innovation with 33 Young Southeast Asia Design Award Winners
Capturing Culture: Princess Zatashah’s First Impressions of the vivo X300
Apple Leans on Google’s Gemini for Next-Gen Siri Intelligence