DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Ayaneo Slide, Handheld Desktop dengan Papan Kekunci Kini Boleh di Pra-tempah

Ayaneo Slide, sebuah handheld desktop dengan papan kekunci penuh, kini boleh dipra-tempah di Indiegogo, bermula dari $704 (~RM3271). Ia akan bersaing dengan peranti lain seperti Lenovo Legion Go, Asus Rog Ally, dan Steam Deck OLED. Ia tampil dengan reka bentuk yang unik yang membolehkan paparan diluncur dan dimiringkan sehingga 30 darjah.

Peranti ini menggunakan cip AMD Ryzen 7 7840U dengan GPU AMD Radeon 780M, memberikan prestasi permainan yang lebih baik daripada Steam Deck, yang mempunyai grafik RDNA 2. Ia juga mempunyai paparan IPS 6 inci, yang serupa dengan PSP, dan papan kekunci QWERTY dengan lampu RGB. Ciri-ciri lain termasuk kawalan D-Pad, joystik dengan lampu RGB, bateri 46.2 Wh, RAM sehingga 64GB, storan PCIe Gen4 sehingga 4TB, WiFi 6E, Bluetooth 5.2, dan 3+2 cooling system dengan tiga 8mm cooling fins dan high-pressure turbine fan.

Ayaneo Slide menggunakan Zen 4 architecture yang sama dengan cip AMD Z1 Extreme yang digunakan pada ASUS Rog Ally. Kalau bercakap tentang rekaan, ia ada reka bentuk yang unik dan berbeza daripada kebanyakan handheld desktop, sama seperti Lenovo Legion Go yang mempunyai reka bentuk yang menyerupai Nintendo Switch. Ketiga-tiga peranti ini beroperasi berasaskan Windows, namun ada kemungkinan ia ada menggunakan sistem operasi yang lain. Ayaneo Slide mempunyai saiz skrin yang paling kecil iaitu 6 inci. Lenovo Legion Go ada skrin yang paling besar dengan 8.8 inci dan Asus Rog Ally mempunyai skrin 7 inci.

Ayaneo Slide boleh didapati pada harga serendah $905 (~RM4205) namun boleh dapat dengan harga promosi di Indiegogo untuk pra-tempah serendah $704 (~RM3271) dan penghantaran dijangka bermula pada pertengahan bulan Disember.

Sumber: Gizchina