DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Keterujaan Memuncak, Siri vivo V30 akan tiba di Malaysia!

vivo Malaysia teruja untuk memperkenalkan model terbaru pada siri V mereka iaitu vivo V30. Susulan dengan pengeluaran vivo V29 5G dengan Aura Light 2.0 tahun lalu, siri vivo V30 ini akan dihadiri dengan Aura Light 3.0 yang dinaiktarafkan.

Siri vivo V30 ini turut didatangi dengan ciri ZEISS Optic, yang sebelum ini khas untuk siri vivo X, menandakan kemajuan yang ketara pada keupayaannya.

Merupakan produk utama sempena sambutan ulang tahun ke-10 vivo, siri vivo V30 ini mempamerkan inovasi sepanjang sedekad dengan membawa era baharu pada fotografi telefon pintar.

Dengan revolusi Aura Light 3.0 dan gabungan ZEISS Optic, ia bukan sahaja menetapkan malah membawa perubahan pada piawaian dalam pengimejan telefon pintar.

Pengenalan siri vivo V30 ini turut disertai dengan kerjasama menarik seorang duta, yang mana identitinya masih lagi dirahsiakan. Keterujaan kini terasa apabila vivo telah mengajak rakyat Malaysia untuk meneka dan sertai mereka dalam pengumuman duta siri vivo V30. Rakyat Malaysia boleh berkongsi pendapat mereka menerusi ruangan komen hantaran tersebut disertai dengan tanda pagar (hashtag) #vivoV30Series #PortraitSoPro #vivoV30Ambassador.

Ayuh turut serta rasai keterujaan ini dan menantikan pengumuman duta untuk siri vivo V30!