DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro Hadir dengan Kamera Baharu dan AI yang Lebih Canggih

Google telah melancarkan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro dan memperkenalkan kemampuan AI yang lebih canggih dan peningkatan kamera kepada telefon flagship mereka, yang akan mula dijual pada 12 Oktober 2023. Kemaskini ini menunjukkan peranan AI yang semakin meningkat dalam telefon Pixel, dari Google Assistant hingga call screening and photo editing. Namun, penambahbaikan ini datang dengan harga yang lebih tinggi daripada tahun lepas, dengan Pixel 8 bermula dari $699 dan Pixel 8 Pro pada $999, $100 lebih daripada Pixel 7 dan 7 Pro.

Kamera dia masih lagi menjadi tumpuan utama, dengan Pixel 8 menawarkan mod makro baru dan Pixel 8 Pro mempunyai penangkapan video yang lebih baik dengan Video Boost, yang boleh memproses video di cloud. Kedua-dua telefon juga menawarkan editing tool yang baru to ubah facial expressions dalam group photos.

Google membezakan Pixel 8 Pro dengan meletakkan ciri pengesan suhu buat pertama kalinya, sekali dengan tujuh tahun jaminan kemaskini perisian, melebihi pesaing seperti Apple dan Samsung.

Kemaskini ini mencerminkan usaha Google untuk menonjolkan diri daripada Samsung dalam pasaran telefon Android. Walaupun AI sentiasa memainkan peranan dalam telefon pintar, Pixel 8 dan 8 Pro mengambilnya into another level, dengan ciri-ciri seperti Google Assistant yang merumuskan halaman web.

Selain itu, ciri Call Screen menerima naiktaraf dengan suara yang lebih semula jadi untuk Assistant dan pemahaman konteks yang lebih baik. Call Screen kini boleh mengekstrak maklumat semasa panggilan, membolehkan anda berinteraksi dengan pemanggil dengan lebih berkesan.

Ciri baru yang penting adalah Best Take, alat photo editing yang mengubah ekspresi muka dalam gambar kumpulan dengan menganalisis enam foto yang diambil secara berturut-turut. Namun, ini menimbulkan persoalan tentang keaslian gambar dalam era penggunaan AI yang meningkat.

Peningkatan kamera berterusan dengan Pixel 8 menampilkan kamera utama yang lebih sensitif cahaya dan mod makro baru. Pixel 8 Pro mempunyai kamera ultrawide 48 MP dan ciri Video Boost yang akan datang untuk pemprosesan video berasaskan cloud.

Pixel 8 Pro memperkenalkan pengesan suhu yang menawarkan pelbagai pilihan pengukuran, termasuk penggunaan sebagai termometer tanpa sentuh. Ciri ini boleh menjadi sangat relevan dalam iklim semasa.

Sementara kegunaan pengesan suhu masih belum dapat dilihat, ini menunjukkan bagaimana telefon pintar terus menggantikan objek harian. Kedua-dua Pixel 8 dan 8 Pro berjalan pada pemproses Tensor G3 Google, dengan variasi saiz yang kecil daripada model sebelum ni dan skrin yang lebih baik, termasuk kadar segar semula yang lebih tinggi untuk grafik yang lebih lancar.

Secara ringkasnya, Pixel 8 dan 8 Pro membawa gabungan ciri-ciri baru dan penambahbaikan kepada yang sedia ada. Soalan utama adalah adakah penambahbaikan ini berbaloi dengan harga yang lebih tinggi.