DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Fitbit Charge 6, Ada Penambahbaikan Yang Lebih Baik

Fitbit Charge 6, yang diperkenalkan dengan penambahbaikan yang menarik, termasuk sensor yang meningkatkan heart rate monitoring accuracy sehingga 60%. Ia juga serasi dengan peralatan kecergasan tertentu untuk real-time Bluetooth heart rate tracking semasa senaman dan menawarkan integrasi yang lebih baik dengan perkhidmatan Google seperti Maps, Wallet, dan YouTube.

Walaupun reka bentuk fizikalnya kebanyakannya menyerupai model sebelumnya, ia mempunyai butang navigasi haptik kecil baru di sebelah kiri dan paparan 1.04 inci dengan mod Always-On Display untuk kemudahan pengguna yang lebih baik.

Peranti ini mengandungi pelbagai sensor kesihatan, termasuk ECG dan EDA, untuk mengukur tahap stres, dengan sweat-based stress response detection. Ia menyokong lebih daripada 40 preloaded sports modes, termasuk 20 yang baru seperti HIIT dan papan salji, dan dilengkapi dengan GPS terbina untuk distance tracking.

Dengan langganan Fitbit Premium, pengguna boleh mengakses sesi senaman yang disesuaikan, termasuk yoga dan meditasi, bersama dengan data tidur dan strategi pengurangan stres.

Baterinya memberikan tempoh operasi sehingga 7 hari dengan sekali caj dan menyokong NFC untuk pembayaran pantas. Fitbit Charge 6 dijual pada harga $159.95 (~RM749) dan didatangkan dalam pilihan warna lack/Silver atau White/Gold.