CEO syarikat Nothing, Carl Pei, memberitahu mereka akan melancarkan Nothing Phone (2) pada tahun ini dengan ciri yang lebih premium dan menfokuskan dalam pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, kata beliau dalam sebuah wawancara yang dikendalikan oleh Inverse.
Namun, tidak dinyatakan bila ia akan dilancarkan dan juga rekaan yang akan dibawakan pada Nothing Phone (2). Peranti tersebut tidak akan keluar dalam masa terdekat dan beliau juga menyatakan kurang gemar dengan industri telefon pintar yang mengeluarkan peranti baharu setiap bulan tanpa menawarkan sokongan baik selepas jualan.
Untuk berikan pengguna pengalaman Android yang lebih lancar, Carl Pei ingin berikan lebih perhatian pada perisian Nothing Phone (2), menjadikan ia lebih eksklusif. Kemungkinan ia akan hadir pada fasa kedua 2023, sama-sama kita nantikan kemunculan Nothing Phone (2).

More Stories
HONOR Magic8 Pro Redefines Night Shots with 200MP Ultra Night Telephoto Camera
WhatsApp Expands to the Wrist with a Full Apple Watch App
vivo X300 Series Is Already Causing a Frenzy in Malaysia And It Hasn’t Even Launched Yet!