DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

vivo Y78 5G Telah Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1399

vivo Malaysia melancarkan vivo Y78 5G, telefon pintar baru dengan kamera 64MP OIS Anti Shake, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan 8+256 GB. vivo Y78 5G boleh pre-order sekarang di DirectD dan akan dijual pada 5 Ogos 2023 dengan harga RM1399.

Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif, vivo Malaysia, berkata “Kami sangat berbesar hati dalam melancarkan vivo Y78 5G. Pelancaran terbaru dalam siri Y kami ini adalah penghargaan besar buat semua pengguna setia vivo yang sentiasa menyokong vivo selama ini. vivo Y78 5G ini direka khas untuk mereka yang berminat dalam bidang teknologi dan juga fotografi. Di vivo, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan lebih banyak telefon pintar dengan ciri-ciri yang canggih dan memudahkan pengguna vivo pada masa akan datang.”

vivo Y78 5G mempunyai kamera 64MP dengan OIS yang meningkatkan kestabilan dan ketajaman gambar. Ia juga boleh merakam video dari kamera hadapan dan belakang serentak.

vivo Y78 5G mempunyai dua warna yang cantik dan menakjubkan diinspirasikan daripada alam semula jadi. Dreamy Gold seperti warna langit senja, dan Flare Black seperti bintang-bintang malam. Kedua-dua warna yang berkilau dan menarik.

Ia juga mempunyai skrin 120Hz OLED Dual-Curved, memberi visual lancar, jelas, dan berkualiti. Reka bentuk lengkung 60″ memberi cengkaman selesa ketika memegangnya. Ia direka dengan sangat baik yang dapat mengurangkan distorsi warna di tepi.

sistem cas kilat 44W dan bateri 5000mAh turut diletakkan pada vivo Y78 5G yang memberikan pengecasan pantas, cekap, dan sejuk. Ia juga mempunyai enjin cas pintar yang menyesuaikan strategi cas dengan corak penggunaan, mengurangkan kemerosotan bateri dan menambah jangka hayat bateri. vivo Y78 5G memberi pengalaman pengecasan yang hebat dan tahan lama.

Ciri Extended RAM yang ada boleh meningkatkan RAM hingga 8GB. Ciri ini membolehkan banyak aplikasi berjalan lancar dan peralihan aplikasi berganda tanpa gangguan. vivo Y78 5G juga mempunyai teknologi penjimatan RAM yang dapat mencipta lebih banyak ruang simpanan dan menguruskan memori dengan cekap, menjimatkan ruang memori dan penggunaan aplikasi.

Setiap pembelian vivo Y78 5G akan mendapat hadiah eksklusif bernilai sehingga RM918. Anda boleh pre-order sekarang di DirectD dan anda boleh kunjungi vivo Y78 5G First Sale Event di DirectD Gadget Mega Store, PJ. Pelbagai hadiah menarik menanti anda.