DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

vivo Melancarkan Siri Y terbaru, vivo Y36 5G

Vivo Malaysia baru sahaja melancarkan peranti daripada siri Y iaitu vivo Y36 5G . Ia didatangkan dengan reka bentuk yang yang sleek dengan pilihan warna yang menarik iaitu warna Semporna Green yang diinspirasikan daripada laut kristal di Semporna Sabah. Satu lagi warna ialah Mystic Black yang tidak kurang elegan terutama kepada penggemar yang sukakan warna yang tidak terlalu menonjol.

Banyak ciri menarik yang ada pada peranti ini, salah satunya ia mempunyai bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan pantas sehingga 44W. Selain itu, ia juga didatangkan dengan storan 256GB, 8GB RAM dengan extended RAM sehingga 8GB, bersama cip Mediatek Dimensity 6020. Untuk skrin, vivo Y36 mempunyai skrin berukuran 6.64” FHD+ LCD dengan resolusi 2388 × 1080 pixel. Dari sudut audio pula, vivo Y36 mempunyai audio booster 200%, yang boleh meningkatkan lagi bunyi jadi lebih lantang dan jelas untuk didengar. 

Dari segi ketahanan, vivo turut meletakkan IP54 rating pada vivo Y36 yang mampu untuk tahan daripada air dan juga debu. Untuk memberikan lagi lebih perlindungan, ciri anti-scratch turut diberikan membuatkan ia tidak mudah tercalar sekiranya terkena kunci atau benda-benda yang tajam. 

Selain daripada itu, ia menggunakan dual kamera dengan 50MP kamera utama dan 2MP bokeh kamera. Pada bahagian hadapan, ada 16MP kamera swafoto. Ia hadir dengan camera features yang menarik seperti Portrait Light Effect, Portrait Bokeh dan Bokeh Flare Portrait. 

Tambahan lagi, Untuk memberikan lagi lebih kemudahan dalam penggunaan, ciri NFC dibekalkan pada vivo Y36. Sebarang transaksi dapat dilakukan secara contactless dan efisien. 

Disamping kepelbagaian kelebihan yang ada, vivo Y36 ni juga ada sedikit kelemahan dari beberapa aspek. Yang pertama, vivo tidak bekalkan kamera macro 2MP seperti yang ada pada vivo Y35. Kemungkinan dengan ketiadaan kamera macro, dapat menjimatkan lagi harga untuk peranti ini. Kedua, untuk tahun 2023 ni kebanyakan peranti midrange datang dengan dual stereo speaker. Tapi tidak untuk Y36 kerana ia masih menggunakan monospeaker. 

vivo Y36 5G boleh didapati dengan harga RM1099 di vivo Authorized Store ataupun di mana-mana cawangan DirectD di Malaysia. Anda juga boleh dapat hotel voucher bernilai sehingga RM500 eksklusif hanya di DirectD.