DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Siri OPPO Reno10, Sistem Kamera Bertaraf Professional

OPPO telah melancarkan siri terbaru Reno10 secara rasmi, yang terdiri daripada model Reno10 Pro+ 5G, Reno10 Pro 5G, dan Reno10 5G. Siri Reno10 menampilkan sistem Ultra-Clear Portrait Camera yang mengagumkan, yang terdiri daripada Telephoto Portrait Camera dengan sensor yang besar, Ultra-Clear Main Camera, Ultra-Clear Selfie Camera, dan 8MP Ultra-Wide Camera dengan sudut 112° yang berkualiti tinggi. Ini dapat memberikan pengalaman portrait photography bertaraf profesional sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis, ringan, dan bergaya. Selain ciri-ciri hebat seperti pengecasan pantas SUPERVOOC sehingga 100W, cip yang berkuasa, Ultra-Conductive Cooling System, Dynamic Computing Engine, ColorOS 13, dan bateri yang tahan lama dengan Battery Health Engine dan SUPERVOOC S power management chip, siri Reno10 menawarkan prestasi yang luar biasa secara menyeluruh.

Walaupun ada kebolehan potret yang canggih, siri Reno10 kekal dengan reka bentuk yang nipis dan ringan. Reno10 Pro+ 5G merupakan telefon pintar dengan periscope telephoto camera yang paling nipis di pasaran. Dengan ketebalan 8.28mm dan berat hanya 194g. Bagi mereka yang mencari pilihan yang lebih nipis dan ringan, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G masing-masing mempunyai berat 185g dan ketebalan 7.89mm dan 7.99mm. Model-model ini memberikan prestasi yang profesional dalam reka bentuknya yang sleek dan ringan yang membezakan mereka dengan telefon pintar lain.

Ketiga-tiga model dalam siri Reno10 mempunyai crafted 3D curved body yang cantik yang meningkatkan grip dan keselesaan, serta 120Hz 3D Curved Screen dengan ultra-narrow bezels untuk pengalaman visual yang luas dan lebih immersive. Selain itu, Ia hadir dalam pelbagai warna yang bergaya, termasuk Silvery Grey untuk semua model, Glossy Purple untuk Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G, dan Ice Blue untuk Reno10 5G.

Siri Reno10 memperkenalkan rekaan yang premium di sekitar camera module, yang menampilkan dua tona warna yang direka menggunakan advanced splicing process. Seterusnya, Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G memaparkan Laser-Centric Camera Matrix yang inovatif, yang menggabungkan radial laser beam-like texture di sekitar kamera utama untuk memanipulasi cahaya dan bayangan, melambangkan keupayaan kameranya yang mengagumkan pada peranti-peranti ini.

Reno10 Pro+ 5G menawarkan pengalaman professional-quality portrait photography dengan Ultra-Clear Portrait Camera System. 64MP telephoto portrait camera pada Reno10 Pro+ 5G menyediakan 71 mm equivalent focal length, membolehkan penghasilan imej potret yang luar biasa. Dengan large aperture, jarak fokus minimum 25cm, dan sensor kamera 1/2″ yang besar, telephoto portrait camera memastikan pengambilan potret yang luar biasa dengan sekali klik yang mudah. Ia juga mempunyai megapixel tertinggi dalam kalangan telefon pintar dengan kamera telefoto di pasaran dan menggunakan teknologi prime floating OIS yang canggih untuk penstabilan imej yang lebih baik. Selain itu, Reno10 Pro+ 5G menawarkan ultra-clear 6X zoom yang sangat jelas dengan kualiti optik, 3X optical zoom dan teknologi in-sensor zoom.

Telephoto portrait camera juga tersedia pada model Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G, dengan 32MP yang dikuasakan oleh sensor IMX709 RGBW. Sensor IMX709, yang direka bersama oleh OPPO dan Sony, mempunyai white pixels tambahan yang meningkatkan light capture sebanyak 60% dan signal-to-noise sebanyak 35% berbanding dengan standard RGGB sensor. Dengan zoom optik 2X, telephoto portrait camera pada kedua-dua model ini menghasilkan imej potret yang berkualiti.

Selain kamera telefoto, sistem kamera belakang Reno10 Pro+ 5G juga termasuk 50MP Ultra-Clear Main Camera dengan OIS dan sensor IMX890 dari Sony, serta 8MP Ultra-Wide-Angle Camera 112° dengan Sony IMX355 sensor. Dengan tiga kamera yang hebat ini, Reno10 Pro+ 5G menawarkan pelbagai imaging features yang mengagumkan, termasuk Pro-Portrait Mode, Pro-Portrait Video, and 4K Ultra Night Video/4K Ultra HDR Video, memberikan pengguna kemampuan fotografi bertaraf profesional.

OPPO juga memberikan tumpuan kepada peningkatan pengalaman paparan pada siri Reno10. Ketiga-tiga model ini mempunyai paparan yang besar dengan sokongan untuk sehingga 1 bilion warna dan kadar segar semula 120Hz. Reno10 Pro+ 5G pula menggunakan 1.5K Ultra-Clear Borderless Display yang boleh mencapai kecerahan sehingga 1100 nits dan menggunakan ProXDR Smart Display Control. Ciri ini menggunakan high-precision image recognition algorithm untuk melaraskan kecerahan skrin dalam kawasan imej yang berkaitan, menghasilkan peningkatan 8 kali ganda dalam dynamic range dan accurate depiction of light and shadow untuk gambar HDR pada skrin telefon pintar.

OPPO telah memperkenalkan Portrait Expert Project dengan siri Reno10, dengan matlamat untuk memenuhi pelbagai aesthetic preferences dan menyediakan gaya imej yang inklusif untuk pengguna global. Projek ini melibatkan kerjasama dengan jurugambar potret profesional dari negara-negara yang berbeza yang mempunyai kepakaran dan multicultural perspectives yang telah dimanfaatkan untuk mengoptimumkan OPPO’s Portrait Expert Engine. Cadangan mereka telah menyumbang kepada peningkatan pengenalan subjek, character-scene separation, facial feature and skin tone protection, face clarity optimization dan expert-level tuning of light and shadow memastikan ciri-ciri kamera yang menakjubkan yang sejajar dengan gaya dan citarasa tempatan.

Siri Reno10 juga hebat dalam bab bateri dan pengecasan. Dengan teknologi pengecasan pantas 100W SUPERVOOC, bateri Reno10 Pro+ 5G yang berkapasiti 4700mAh dapat dicaj hingga 50% hanya dalam 9 minit dan 30 saat, dan dicaj sepenuhnya dalam masa 27 minit. Reno10 Pro 5G menawarkan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, yang memberikan cas penuh 4600mAh bateri dalam tempoh 30 minit, manakala Reno10 5G menawarkan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC, membolehkan pengecasan penuh dalam 47 minit untuk kapasiti 5000mAh. Teknologi Battery Health Engine dapat memastikan ketahanan bateri, dengan kitaran pengecasan sehingga 1600 dalam tempoh empat tahun. SUPERVOOC S Power Management Chip meningkatkan kecekapan bateri dan menjamin pengecasan yang lebih selamat, yang disahkan oleh TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System.

Turut dipasang image processing architecture terkini dan dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1, Reno10 Pro+ 5G memberikan pengalaman pengimejan potret yang luar biasa. Image processing architecture mengoptimumkan ISP, GPU, dan sensor pada ketiga-tiga kamera belakang yang menghasilkan peningkatan ketajaman imej, cahaya, bayang, dan warna. Advanced image processing algorithms, termasuk pengurangan AI denoising dan deep pixel fusion, dilakukan dalam RAW domain, meningkatkan ketajaman imej dan memulihkan hubungan antara cahaya dan bayangan menghasilkan true-to-life images.

Dengan paparan yang menakjubkan, kamera yang berkuasa, dan keupayaan pengecasan yang pantas, siri Reno10 menawarkan pakej lengkap bagi pengguna yang mencari pengalaman top-tier smartphone. OPPO akan terus komited untuk berikan fotografi potret yang luar biasa dan peningkatan berterusan melalui kerjasama dengan pakar industri untuk memastikan pengguna dapat mengambil gambar yang menakjubkan dengan mudah dan bergaya.