Gambaran pertama tentang Galaxy S23 FE sudah pun tertiris, yang ditunggu-tunggu oleh peminat Samsung selama ini.
Galaxy S23 FE (Fan’s Edition) kemungkinan akan tersedia dalam empat pilihan warna iaitu pearl white, black graphite, purple lavender, dan olive yang mempunyai rekaan yang mirip dengan Galaxy S23 menurut daripada gambar yang tertiris daripada sumber yang boleh dipercayai.
Terdapat laporan yang mengatakan Galaxy S23 FE akan menggunakan spesifikasi seperti cip Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1, 4,500 mAh bateri, storan dalaman 128/256 GB tanpa slot untuk kad MicroSD, paparan Dynamic AMOLED 2X 6.4 inci dengan refresh rate 120Hz.
Untuk bahagian kamera, ia menggunakan tiga kamera utama yang terdiri daripada 50MP, 12MP telephoto sensor dan 8MP ultrawide sensor. Kamera hadapan pula sebesar 10MP. Samsung Galaxy S23 FE kemungkinan akan dijual pada suku ke empat 2023, iaitu akhir bulan September atau pada bulan November nanti.
Sumber: MSPowerUser

More Stories
HONOR Magic8 Pro Sets for 27 November Launch in Malaysia, Insta360 Ace Pro as Pre-Order Gift
Poco F8 Series Confirmed for Global Launch on 26 November
vivo X300 Series Arrives in Malaysia: The New Benchmark for Concert Photography and Live Experiences