DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

realme 11 Pro Series 5G First Sale Event Akan Berlangsung Di DirectD Gadget Mega Store, PJ

Pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2023 akan berlangsungnya realme 11 Pro Series 5G First Sale Event di DirectD Gadget Mega Store, PJ. Bagi mereka yang sudah pre-order, anda akan mendapat tiga hadiah menarik iaitu realmeow amu Limited Edition Figure, Artisan Leather Collection dan realme Portable Fan.

Bagi anda yang tidak membuat pre-order, jangan risau kerana anda masih boleh membeli realme 11 Pro Series 5G di tempat yang sama. Istimewa untuk 50 pelanggan yang terawal, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah tambahan iaitu realme band bernilai RM299. Untuk pelanggan yang ke 51 dan seterusnya, akan mendapat 10000mAh powerbank. Tawaran ini hanya ada di event ini sahaja.

Selain itu, setiap pembelian realme 11 Pro Series 5G layak untuk sertai cabutan bertuah dan anda boleh membawa pulang realme Techlife Handheld Vacuum Cleaner atau realme Buds T100. Bagi mereka yang membeli mana-mana produk realme dalam tempoh tiga hari ini, anda juga boleh bermain claw machine dan membawa pulang lucky items.

Jika anda ingin melihat dan mencuba sendiri realme 11 Pro Series 5G, anda boleh datang DirectD Gadget Mega Store, PJ kerana terdapat display unit yang disediakan di sana. Anda juga boleh mendapatkan informasi tentang spesifikasi dan ciri-ciri realme 11 Pro Series 5G ini.

Realme 11 Pro Series 5G dijual pada harga RM1499 untuk model realme 11 Pro 5G (8GB + 256GB) dan RM1999 untuk model realme 11 Pro+ 5G (12GB + 512GB). Anda boleh memilih antara tiga warna iaitu Sunrise Beige, Oasis Green dan Astral Black.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan realme 11 Pro Series 5G di DirectD Gadget Mega Store, PJ pada 28 Julai sehingga 30 Julai kerana ada pelbagai hadiah menarik menanti anda. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi DirectD.