DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Rasmi, Nothing Ear (2) Akan Dilancarkan Pada Bulan Ini

Syarikat Carl Pei, Nothing, telah mengumumkan secara rasmi Nothing Ear 2 akan dilancarkan tidak lama lagi, peneraju bagi Nothing Ear 1, yang dilancarkan pada dua tahun yang lepas. Strategi pemasaran syarikat tersebut hanya bergantung pada gambar yang ditunjukkan untuk digembar-gemburkan bersama dengan tarikh pelancaran.

Pelancaran tersebut akan diadakan pada 22 Mac, 10:00AM ET dan bersiaran langsung di laman sesawang Nothing. Bagi mereka yang berminat boleh daftarkan diri dan sebarang infomasi akan diberitahu kelak. Seperti yang dijanjikan pada slogan mereka, “Better sound. Better clarity. Just Better” kedengaran agak tipikal untuk sebuah produk baru yang mana jarang kita dengar sebuah syarikat menghasilkan produk yang lebih teruk berbanding model sebelumnya.

Spekulasi awal menyatakan set fon telinga kali ini mempunyai rekaan yang mirip dengan Nothing Ear 1, dengan beberapa pengubahsuaian pada bahagian mikrofon. Selain daripada Ear 1, syarikat tersebut juga ada melancarkan Nothing Ear Stick yang lebih bajet tanpa pembatalan hingar, setahun selepas ia dilancarkan. Diharap banyak lagi infomasi yang diberikan ketika majlis pelancaran Nothing Ear 2 dan tidak mustahil syarikat tersebut akan memberikan maklumat tambahan sebelum ia dilancarkan.