DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Lebih Terang dan Kukuh, 3 Ciri Penambahbaikkan Siri Samsung Galaxy S24

Susah nak nampak skrin telefon pintar di bawah sinaran matahari yang sangat terang? Risau skrin telefon pintar baharu senang tercalar atau retak? Inginkan telefon pintar kekal ‘baharu’ meskipun sudah guna bertahun-tahun?

Jika anda telah digembar-gemburkan tentang Siri Galaxy S24, ketahuilah bahawa anda belum melihat semuanya. Selain daripada ciri didayakan AI (AI-enabled) baharu yang menjamin akan merevolusikan cara anda berinteraksi menerusi telefon pintar, Siri Galaxy S24 ini turut menawarkan penambahbaikan ciri-ciri penting yang akan memberikan anda pengalaman telefon pintar yang tidak akan anda lupakan.

Nampak ke tidak apa yang saya nampak?

Cuba bayangkan…anda sedang berjalan-jalan di luar apabila anda tiba-tiba menerima satu emel penting. Bila anda klik pada emel tersebut, anda mengalami kesukaran untuk membaca isi emel menerusi skrin telefon pintar anda.

Ataupun, ketika anda sedang bergembira dengan keluarga anda di taman tema air, anda ingin mengambil gambar untuk menangkap situasi kelakar tetapi malangnya, anda tidak boleh lihat dengan jelas apa yang ada di paparan skrin.

Untuk situasi-situasi seperti itu, anda memerlukan skrin yang mempunyai kemampuan untuk mentandingi sinaran matahari yang terang dan Siri Galaxy S24 adalah jawapannya!

Dengan kecerahan tertinggi sehingga 2600 nits (penambahbaikan daripada 1700 nits pada siri Galaxy S23), paparan Dynamic AMOLED 2X telah menerima pengiktirafan daripada VDE Germany untuk 100 percent Mobile colour Volume dalam julat warna DCI-P3. Ini bermakna gambar-gambar anda tidak akan kabur dan akan menerima warna yang jelas tanpa mengira tahap kecerahan yang berbeza.

Lebih kukuh daripada yang lain

Kalau anda adalah seorang yang sangat berhati-hati, bahkan paranoid, dalam memastikan skrin telefon pintar anda bebas calar dan retak, Galaxy S24 Ultra adalah pilihan anda. Galaxy S24 Ultra menampilkan bahan permukaan Corning baharu iaitu Corning® Gorilla® Armor yang mana menangani dua keperluan dalam waktu yang sama – ketahanan dan peningkatan keperluan optik yang lebih baik.

Berbanding daripada permukaan gelas biasa, Corning Gorilla Armor mengurangkan pantulan sehingga 75%, yang mana meningkatkan kebolehbacaan paparan dan minimumkan pantulan skrin.

Bukan itu sahaja, Gorilla Armor menawarkan gabungan ketahanan dan kejelasan visual, memberikan paparan yang lebih terang di bawah sinaran matahari dan perlindungan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pemakaian harian.

Jangan lepaskan telefon anda

Tidak dinafikan untuk sentiasa kemas kini perisian (software) terkini adalah antara perkara yang sedikit leceh. Namun, ia adalah satu keperluan untuk melindungi anda dan Samsung meletakkan 7 tahun penaikkan taraf (berbanding empat tahun pada generasi sebelum ini).

Dengan menyediakan penaikkan taraf 7 tahun Android OS and 7 tahun penaikkan taraf keselamatan untuk peranti baharu, bermula dengan Siri Galaxy S24, Samsung bukan sahaja ingin memastikan pelanggan menggunakan telefon pintar mereka dengan lebih lama, malah memastikan setiap maklumat peribadi anda selamat serta memastikan peranti dan anda sentiasa menerima ciri-ciri terkini.

Jadi, penambahbaikkan baharu yang diperkenalkan Samsung menerusi Siri Galaxy S24 ini perlu anda rasainya sendiri untuk mempercayai sepenuhnya.