DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang One UI 5.1

Beberapa kemaskini dan peningkatan kebolehgunaan yang ketara disertakan dalam versi terbaru One UI 5.1. Ia berasaskan Android 13 dan digunakan pada siri Galaxy S23. Ini adalah beberapa ciri baharu yang ada pada One UI 5.1.

Setup Wizard yang baru pada One UI 5.1 membolehkan sambungan pantas secara automatik dan selarikan rangkaian WiFi dan akaun yang ada pada Samsung Galaxy S23 Ultra atau S23 yang lain. Hanya perlu scan kod QR untuk mulakan proses pemindahan ini. Kabel USB tidak diperlukan untuk menyambung diantara dua peranti tersebut.

Selain itu, leretan mudah pada media dapat menunjukkan semua maklumat, membuatkan ia mudah untuk melihat data EXIF bagi foto dan video. Kebolehan untuk mencari individu atau barang turut ada dalam One UI 5.1. Aplikasi Gallery mampu untuk mengenalpasti muka pada gambar dalam album yang dikongsi.

Multi Control antara salah satu ciri yang menarik yang ditambah dimana sekiranya anda memiliki Galaxy Book, anda boleh gunakan papan kekunci dan tetikus untuk mengawal telefon pintar Galaxy dan melakukan pemindahan fail diantara dua peranti ini.

One UI 5.1 turut memperkenalkan widget bateri yang baharu yang menunjukkan baki bateri yang tinggal pada telefon, S Pen dan aksesori lain yang bersambung. Widget cuaca juga dinaiktaraf dengan animasi baharu.

Bagi mereka yang gemar menggunakan mod Expert RAW, kini tidak perlu lagi muat turun aplikasi yang berlainan kerana semuanya sudah ada pada aplikasi kamera.

Samsung turut menamakan semula Bixby Routines kepada MOdes and Routines dalam One UI 5. Dalam versi yang baru, anda boleh ubah gambar latar untuk mod yang berlainan. Mod kerja anda boleh guna gambar latar berbeza dengan mod tidur. Ia juga menyokong kawalan Quick Share, ubah nada dering dan laraskan sensitiviti sentuhan.

Dalam One UI 5.1, anda boleh ubah rakaman skrin yang disimpan ke lokasi fail yang lain. Ini dapat mengelakkan rakaman skrin disandar ke dalam Google Photo.

Bagi pengguna DeX, kini anda boleh ubah ukuran tetingkap dalam mod split screen menggunakan bar pengasing pada tengah-tengah skrin. Anda juga boleh tarik tetingkap tersebut dan bawanya ke bucu skrin mengubah saiz tetingkap kepada suku skrin.

One UI 5.1 ini digunakan pada siri Galaxy S23 dan akan dikemaskini pada telefon pintar flagship yang lain seperti Galaxy S21, Galaxy S22, Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4.

Sumber: Android Police