vivo Malaysia berbesar hati melancarkan dua model baharu pada siri V mereka iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro pada 13 Mac 2024. Keluaran siri vivo V30 kali ini menawarkan reka bentuk telefon pintar ternipis, dilengkapi dengan bateri tahan lasak 5000 mAh (TYP) serta ciri Aura Light Potrait 3.0 yang menghasilkan kualiti gambar lebih baik dan mempunyai pelbagai pilihan warna yang menawan.
Manakala vivo V30 Pro pula mempunyai ciri khas apabila ianya dilengkapi dengan teknologi ZEISS untuk memberikan pengguna pengalaman mengambil gambar potret secara profesional. Inovasi dari vivo ini menjanjikan prestasi berkualiti dan hayat bateri yang lama.
“Kami memang mengekalkan estetika minimalis pada kebanyakan siri V kami. Kali ini, dengan siri vivo V30, kami telah mencapai tahap kejuruteraan yang luar biasa dengan adanya Bateri 5000 mAh dan mampu bertahan sehingga 4 Tahun dalam reka bentuk senipis ini. Kami juga telah menambah baik pada ciri Aura Light 3.0 serta bekerjasama dengan ZEISS untuk memberikan pengguna satu alat untuk mengambil gambar potret bertaraf studio walaupun pada keadaan cahaya yang rendah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia
Potret Setanding Kualiti Studio dengan satu sentuhan
Siri vivo V30 membawa pengalaman mengambil gambar potret ke tahap seterusnya dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 yang lebih canggih, memberikan pencahayaan yang lebih baik dan warna yang tepat walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Aura Light Portrait 3.0 turut menawarkan sumber cahaya yang lebih lembut dan luas, menjadikan gambar kelihatan lebih hidup dan tekstur kulit tampak halus.
Ciri Penyesuaian Suhu Warna Pintar turut dilengkapi pada siri vivo V30 ini yang mana membolehkan penyesuaian warna berdasarkan persekitaran, memastikan warna gambar selari dengan suasana sebenar.
Malah, siri V30 ini turut menampilkan Pencahayaan Peka Jarak, yang boleh mengatur kecerahan secara automatik mengikut jarak, memudahkan pengambilan gambar yang sempurna. Aura Light Potrait 3.0 juga mempunyai mod kreatif seperti Mod Makanan, yang mana ia boleh menghasilkan gambar yang menarik dalam cahaya penuh maya 3D.
Merevolusikan keupayaan imej dengan sistem kamera yang berdaya tinggi
Kerjasama dengan ZEISS Optic berupaya untuk menampilkan kamera canggih untuk siri vivo V30, terutama pada model V30 Pro. Terdapat tiga jenis kamera yang diterapkan iaitu Kamera Utama VCS True Color, Kamera Sudut Lebar Auto Fokus 50 MP, dan Kamera Selfie Kumpulan Auto Fokus 50 MP. Kamera Utama dilengkapi sensor 1/1.55″ untuk gambar malam yang jelas dan stabil.
vivo juga mengembangkan teknologi Camera-Bionic Spectrum (VCS) yang membuat kamera lebih sensitif dan warna lebih tepat, mirip dengan penglihatan manusia. Kamera Sudut Lebar 50 MP mempunyai sudut pandang luas dan fokus automatik, membuatkan ianya sesuai untuk gambar berkumpulan dengan fungsi Potret Berkumpulan Kecerdasan Buatan.
Malah, Kamera Selfie Kumpulan Auto Fokus 50 MP juga mempunyai Auto Fokus dan sudut lebar 92°, memastikan setiap subjek ada dalam gambar.
Penghasilan video mudah dengan mod serta alatan inovatif
Siri vivo V30 memudahkan pengguna untuk membuat vlog profesional dengan alat yang lengkap. Kamera Aura Light Portrait 3.0 meningkatkan kualiti video dalam cahaya yang kurang, dan membuat gambar malam lebih terang.
Dengan Penstabilan Imej Hibrid (menggabungkan OIS + EIS), siri V30 menawarkan rakaman yang stabil setiap masa. Ciri Filem Mikro juga memudahkan pembuatan video dengan penyediaan pelbagai kesan dan alat penyuntingan yang diperlukan.
Rekaan yang inovatif dan ringan, menampilkan elegan sederhana
Siri vivo V30 menggabungkan reka bentuk yang elegan dengan teknologi canggih, termasuk bateri berkuasa 5000 mAH yang mampu bertahan selama 4 tahun dan mempunyai ketebalan hanya 7.45 mm, menjadikannya telefon teringan vivo. Teknologi terbaru membolehkan bateri 5000 mAH disatukan dalam reka bentuk yang nipis, menjadikan telefon ini sangat ringan dan mudah digunakan.
Dari segi estetika, siri vivo V30 menawarkan warna dan tekstur yang menarik, seperti edisi Petal White dengan corak kelopak bunga 3D dan edisi Aquamarine dengan efek riak air. Varian Noble Black pula menampilkan reka bentuk klasik yang elegan. Perkara ini mempamerkan komitmen vivo untuk menghasilkan telefon yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal dan tahan lama.
Penggabungan elemen fesyen oleh universiti UCSI dan vivo Malaysia untuk mencipta siri vivo V30
Kerjasama vivo Malaysia dengan universiti UCSI telah membawa kepada pelancaran siri vivo V30. Pereka muda telah mempamerkan rekaan pakaian perkahwinan yang unik, yang mencerminkan ciri Aura Light Portrait 3.0 dan menjadi inspirasi kepada corak kelopak bunga pada bahagian belakang telefon. Ini menunjukkan kekayaan budaya Malaysia dan kerjasama vivo dalam merangkumi kepelbagaian budaya negara.
Sebagai antara pusat untuk bakat fesyen baru, vivo komited untuk mengembangkan bakat yang akan memajukan industri ini. Kerjasama ini bertujuan untuk mempromosikan fesyen Malaysia ke tahap antarabangsa. Pelancaran siri vivo V30 memberi kesempatan kepada pereka muda dari universiti UCSI untuk menunjukkan kebolehan mereka, dengan landasan peragaan yang dihiasi dengan estetika siri vivo V30. Acara ini menarik perhatian selebriti, influencer, media, dan tetamu dengan perpaduan fesyen dan teknologi yang inovatif dalam suasana perkahwinan yang menawan.
Daiyan Trisha, duta anggun siri vivo V30
vivo Malaysia mengumumkan Daiyan Trisha sebagai duta untuk keluaran siri V30. Keanggunan dan daya tarikan personalitinya membuatkan Daiyan Trisha adalah duta yang sesuai untuk reka bentuk siri vivo V30 ini. Daiyan meluahkan keterujaannya dalam bekerjasama dengan vivo yang mengutamakan kreativiti dan inovasi.
Daiyan Trisha, yang menggemari reka bentuk yang elegan dan teknologi terkini, terpikat dengan siri vivo V30 yang akan hadir dalam warna-warna menarik. Daiyan memilih Petal White kerana kesederhanaan dan kegunaannya yang pelbagai. Sebagai penggemar fotografi, Daiyan Trisha turut memuji teknologi Aura Light Portrait 3.0 dan kamera ZEISS pada vivo V30 Pro yang memperkayakan pengalaman mengambil gambar.
Kerjasama ini turut bertujuan untuk membentuk semula kecantikan dan teknologi terkini, memberikan pengalaman yang menarik dalam industri telefon pintar yang bukan sahaja relevan di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Harga dan ketersediaan siri vivo V30
Peminat vivo boleh membuat pesanan awal untuk siri vivo V30 ini bermula dari 16 Mac 2024, yang mana didatangi dengan hadiah dan promosi menarik!
Berikut merupakan maklumat tentang harga, pesanan awal, promosi serta ketersediaan siri vivo V30:
Tarikh Pelancaran | 13 Mac 2024 |
Tarikh Jualan Pertama | vivo V30 : 16 Mac 2024 vivo V30 Pro : 30 Mac 2024 |
Tarikh Pesanan Awal | 13 Mac 2024 |
Tarikh Tawaran Istimewa | 16 Mac 2024 |
Promosi Pesanan Awal | Pesan awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah istimewa bernilai sehingga RM 769vivo TWS 3evivo V30 Limited Gift Boxvivo care 1+1* Extended Warrantyvivo care 180 days Screen Protection Pelanggan yang membuat pesanan awal pada 16 Mac 2024, di mana-mana kedai konsep vivo, layak untuk mendapat naik taraf storan secara percuma bagi unit siri V30 secara terhad yang bernilai sebanyak RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat. |
RRP | vivo V30 12+ 256GB pada harga RM1999 vivo V30 12+512GB pada harga RM2199 vivo V30 Pro 12+512GB pada harga RM2599 |
More Stories
ROG Phone 9 Series: AI On, Game On is Finally Here!
HONOR Revolutionizing Seamless AI Connectivity for Smarter Productivity, Efficiency
Samsung Revealed Galaxy A55 5G, Galaxy A35 5G: Amazing Innovations and Security Designed for All