ROG Phone 9 FE telah membuat kemunculannya di pasaran Thailand pada awal Februari lepas. Kini, nampaknya telefon gaming Asus lebih mampu milik itu akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, setelah Asus mula menyiarkan poster pelancaran ROG Phone 9 FE di halaman Facebook dan laman web rasmi Asus ROG Malaysia.
Menurut poster tersebut, ROG Phone 9 FE akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan, hari Rabu, 19 Mac 2025, iaitu sebulan lebih selepas pelancarannya di negara jiran, Thailand. Ketibaannya ke pasaran Malaysia sudah boleh dijangka memandangkan ROG Phone 9 FE telah pun tersenerai di pengkalan data SIRIM sejak Januari.
Walaupun dikenali sebagai versi ‘Fan Edition’ yang lebih murah, ROG Phone 9 FE masih mengekalkan banyak ciri utama yang digemari oleh pengguna gaming termasuk sistem penyejukan termik yang efisien.
Ketibaan ROG Phone 9 FE ke pasaran Malaysia adalah sebahagian daripada strategi Asus untuk meluaskan jangkauan produk gaming mereka ke segmen harga yang lebih kompetitif. Penggemar permainan mudah alih yang telah lama menanti-nantikan pilihan telefon gaming yang lebih ekonomi kini boleh menarik nafas lega dengan kehadiran ROG Phone 9 FE.
Maklumat rasmi mengenai harga dan spesifikasi penuh akan diumumkan secara rasmi ketika pelancaran minggu hadapan.
More Stories
HONOR Garner Over 50 Media Accolades for AI and Product Excellence at MWC Barcelona 2025
HONOR Announces 7-Year Android Update Plan at MWC, Malaysia to Follow
Xiaomi Ultra 15 Sets Global Release