DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

realme GT 6 Tiba dengan Strategi AI Komprehensif

Pada mereka yang menunggu Siri GT membuat ‘comeback’, ini adalah untuk anda!

realme dengan terujanya mengumumkan kembalinya Siri GT di pasaran global. Dalam kala AI (Kecerdasan Buatan) mencetuskan fenomena pasaran baru sebagai pengubah permainan seterusnya, realme menetapkan sasarannya untuk menjadi Populariser AI dengan siri GT. 

Sky Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif realme, menyatakan keyakinan penuh untuk membuat kejayaan dalam pasaran mewah, menerusi satu temu bual bersama Forbes baru-baru ini. 

Tambah Sky, realme GT 6 yang akan datang akan melebihi jangkaan dalam setiap aspek. Beliau juga mengakui bahawa permintaan global daripada pengguna realme untuk kembalinya siri GT ini, akan dipenuhi setiap jangkaan mereka. 

Meskipun dengan pelbagai telefon pintar tama di pasaran kini, realme terus mempamerkan semangan daya saing yang kukuh. Jenama itu bahkan berazam untuk membuat kemajuan yang ketara dalam arena AI, selain terus memanfaatkan kelebihan sedia ada dalam prestasi. 

Kembalinya “Flagship Killer”

realme GT 6 yang telah lama dinanti-nantikan ini, diposisikan sebagai “New Flagship Killer Powered by AI”. realme nekad untuk memberi kesan kepada pasaran telefon pintar mewah dengan siri GT serba baharu dengan menggabungkan pengalaman AI tercanggih dan prestasi berkuasa. 

Ingin menjadi penggerak AI yang komited, realme telah menubuhkan Next AI Lab dan melancarkan “Pelan Popularisasi AI+UI,”. Jenama itu turut melancarkan IP teknologi Next AI, merekrut pakar AI secara global dan mengintegrasikan teknologi canggih daripada rakan kongsi seperti Google, Qualcomm, dan Microsoft. 

Ini membuktikan komitmen realme untuk membawa fungsi berasaskan AI yang luar biasa dan ciri UI yang inovatif ke pasaran dengan cepat.

“Persaingan dalam industri akan beralih daripada perkakasan sahaja kepada gabungan perkakasan, perisian, dan keupayaan teknologi keseluruhan. AI sedang menjadi tumpuan utama seterusnya, dengan AI dalam bidang pengimejan, suara, dan interaksi akan menjadi tiga trend utama dalam perkembangan AI masa depan,” jelas Sky Li dalam satu perbualan yang mendalam dengan Forbes.

Keluaran terbaru ini mempamerkan komitmen realme kepada pendekatan berpusatkan pengguna, memperkasakan pengguna muda dengan penyelesaian AI yang mudah diakses.