DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Nubia V70 Max – Telefon Pintar Tahan Lasak Dengan Bateri 6,000mAh Pada Harga RM399

ZTE Malaysia baru sahaja memperkenalkan telefon pintar baharu mereka, Nubia V70 Max, yang merupakan versi yang lebih kukuh berbanding V70 Design yang dilancarkan pada Januari lalu. Telefon ini dijual pada harga RM399 untuk varian 6GB RAM dan 128GB storan. Memiliki dua pilihan warna hijau dan kelabu yang boleh didapati di DirectD.

Spesifikasi Nubia V70 Max

Nubia V70 Max hadir dengan skrin LCD 6.9-inci yang menawarkan resolusi 720P dan kadar penyegaran 120Hz. Ciri utama telefon ini adalah reka bentuknya yang tahan lasak dengan bingkai plat keluli dan penutup hadapan aloi Aluminium-Titanium. Ia mampu bertahan daripada kejatuhan sehingga 1.5 meter dan mempunyai perlindungan IP54 terhadap air dan debu.

Dari segi prestasi, telefon ini menggunakan cip Unisoc T606 yang dijanjikan dapat memberikan prestasi lancar selama 50 bulan mengikut piawaian SGS. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan 22.5W melalui USB-C.

Sistem kamera telefon ini terdiri daripada kamera utama 50MP dan dua sensor depth di bahagian belakang, serta kamera selfie 8MP di hadapan. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri AI seperti Magic Eraser, Magic Editor, dan Lightning-fast Snapshot untuk meningkatkan kualiti gambar.

Nubia V70 Max menyokong pelbagai ciri ketersambungan termasuk WiFi 5, Bluetooth 5.2, 4G dan NFC. Ia menggunakan sistem operasi MyOS dan dilengkapi speaker mono dengan teknologi DTS serta pengimbas cap jari pada butang kuasa di bahagian sisi peranti.