Sebelum ini, Carl Pei pernah menyatakan bahawa jam tangan pintar rasa seperti tiada kegunaannya selepas beberapa hari menggunakan Samsung Galaxy Watch5 Pro. Walau bagaimanapun, pendapat beliau mungkin berubah apabila laman web BIS India menyenaraikan produk CMF oleh Nothing, nombor model D395, dalam kategori jam tangan pintar.

Mukul Sharma berkongsi maklumat ini di laman Twitter beliau. Pelancaran jam tangan pintar Nothing ini menarik perhatian kerana semua produk yang mereka pernah keluarkan mempunyai rekaan unik dengan trademark reka bentuk lutsinar. Tidaklah menghairankan untuk menjangkakan kemunculan jam tangan pintar lutsinar di pasaran pada masa hadapan.
Maklumat terperinci masih belum tersedia buat masa ini. Ramai yang ingin tahu sama ada jam Nothing ini akan berfungsi sebagai fitness tracker dengan skrin besar seperti Amazfit, atau sebagai jam tangan pintar yang menjalankan sistem operasi seperti Wear OS. Mari kita tunggu dengan penuh harapan untuk mendapatkan berita selanjutnya bersama-sama.
More Stories
Royal Seal of Approval: Sultan of Pahang Gives Thumbs Up to HONOR X9d 5G
🎉 Vivo V60 Superday: Experience the ZEISS Portrait Master from Just RM1,999!
realme 15 Series to Launch in Malaysia on 18 September 2025