Vivo telah mengikuti jejak langkah Oppo dan OnePlus dalam menghentikan penjualan produk mereka di Jerman atas perintah daripada Nokia susulan daripada keputusan mahkamah pada bulan April yang lalu. Laman web rasmi vivo di Jerman sekarang menampilkan halaman kosong yang menyatakan bahawa produk mereka tidak lagi tersedia.
Hal ini berpunca apabila pihak Nokia menemui beberapa telefon pintar vivo yang melanggar WLAN connection patents Nokia. Nokia telah menuntut pembayaran perlesenan untuk paten tersebut, namun vivo enggan untuk membayarnya sehingga mengakibatkan tindakan mahkamah diambil.
Meskipun penjualan melalui laman web rasmi telah dihentikan, beberapa peranti vivo masih lagi dijual di kedai-kedai luar. Nokia juga telah mengambil tindakan terhadap beberapa kilang China di negara-negara yang lain untuk dibekukan penjualan mereka akibat daripada patent infringements. Walau bagaimana pun, vivo sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan Nokia agar dapat menjalankan perniagaan mereka di Jerman.
Sumber: WinFuture

More Stories
iQOO 15: The Gaming Phone That’s Already Making Headlines Before Launch
HONOR Magic8 Pro Achieves Phenomenal Sales Success on Launch Weekend
Is the vivo X300 Series Really the Ultimate Travel Phone of the Year?