HONOR kini melancarkan versi baharu HONOR X9b 5G susulan kejayaan telefon pintar itu, menjadi antara yang terlaris tahun lalu. Versi baharu HONOR X9b 5g ini mempunyai storan 512GB, yang mana ia merupakan permintaan pengguna untuk menaik taraf daripada versi sebelum ini yang dilancarkan dengan storan 256GB.
HONOR X9b 5G ini bukan sahaja dikenali dengan storan besar malah, peranti ini mencuri tumpuan ramai disebabkan oleh paparannya yang ultra kukuh serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga tiga hari.
Sebagai penambahan kepada kapasiti storan 512GB, HONOR X9b 5G juga menyediakan RAM sebanyak 20GB (12GB fizikal dan 8GB virtual). Teknologi UFS 3.1 yang lebih maju daripada generasi sebelumnya memastikan peranti ini berfungsi dengan prestasi tinggi dan mengurangkan masalah lengah semasa memuat turun fail. Pengguna juga dapat menikmati sambungan 5G dengan kecepatan rendah-latensi sepenuhnya.
Peranti yang dinaik taraf boleh didapati pada harga RM1699 dan ia ditawarkan dalam warna jingga (Sunrise Orange) serta hitam (Midnight Black). Setiap pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM759, iaitu HONOR Choice Earbuds X5 serta Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.
Varian 12GB RAM dengan storan 256GB masih boleh didapati pada harga diskaun RM1399 di laman web HONOR untuk waktu terhad. Pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM858 yang terdiri daripada HONOR Choice Earbuds X5, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari, dan sarung telefon. Varian ini tersedia dalam tiga warna: Sunrise Orange, Titanium Silver, dan Midnight Black.
Bateri berkapasiti 5800mAh yang tahan selama 3 hari diberikan penilaian ‘Gold’ oleh DXOMARK
HONOR X9b 5G dikenali kerana ketahanan 360 darjah dan merupakan peranti pertama di dunia yang menerima pensijilan Overall Drop Resistance bertaraf Lima Bintang daripada SGS. Baru-baru ini, DXOMARK mengiktiraf peranti ini dalam kategori Bateri, dengan mengumpul 156 mata dan berada di tempat kedua selepas HONOR Magic6 Pro. Kapasiti bateri 5800mAh peranti ini juga diberi label ‘Gold’ dan merupakan yang terbesar dalam julatnya.
Kapasiti besar ini membolehkan bateri HONOR X9b 5G bertahan hingga 3 hari untuk penggunaan biasa. Dengan hanya satu kali pengecasan, pengguna boleh menonton video selama 19 jam, bermain permainan mudah alih selama 12 jam, atau melayari media sosial selama 22 jam. Berkenaan ketahanan bateri, HONOR X9b 5G mampu mengekalkan 80% kapasitinya walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan dan tiga tahun penggunaan.
Kamera Ultra Jelas 108MP
HONOR X9b 5G dilengkapi dengan Kamera Ultra Jelas 108MP, memberikan hasil gambar yang sangat tajam. Sensor seluas 1/1.67 inci dan apertur f/1.75 membolehkan kamera menangkap lebih banyak cahaya, menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas. Dengan teknologi Millisecond Capture, pengguna dapat menangkap gambar-gambar menarik dengan lancar.
Paparan Resolusi Tinggi 1.5K Mengagumkan
HONOR X9b 5G mempersembahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci dengan 1.07 Bilion Warna, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan setinggi 1200 nits. Ciri-ciri ini menjadikan HONOR X9b 5G sebagai antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik. Penglihatan lebih selesa berkat ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, dan Pemalapan Dinamik. Selain itu, peranti ini mempunyai Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk hiburan tanpa gangguan.
Prestasi Luar Biasa
HONOR X9b 5G dilengkapi dengan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, termasuk CPU Qualcomm® Kryo™ dan GPU Adreno™. Cipset ini meningkatkan prestasi HONOR X9b sebanyak 40% untuk GPU yang lebih laju dan 35% peningkatan kecekapan CPU, memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif.
HONOR X9b 5G dalam varian 12GB+512GB boleh didapati di Kedai HONOR, pengedar sah, termasuk syarikat penyedia telekomunikasi Yes dan Umobile melalui pelan menarik. Maxis pula akan memulakan penjualan pada 15 April ini.
More Stories
Grab HONOR Devices with Up to 26% Off on 11.11 Sale
HONOR Unveils Ultra-Tough HONOR X9c 5G and Budget-Friendly HONOR X7c 4G
HONOR X9c 5G Confirms Arrival with One-to-One Replacement Assurance!