DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

HONOR Lancar Empat Peranti Baharu Serentak pada 25 April

HONOR memperkenalkan empat peranti baharu: HONOR Pad 9 5G, HONOR X7b 5G, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9, yang tersedia pada 25 April dengan harga bermula serendah RM199! Kesemua peranti tersebut boleh didapati di kedai HONOR seluruh negara, platform dalam talian, pengedar sah serta laman web rasmi HONOR. 

HONOR Pad 9 5G

Tersedia dalam warna Space Gray, HONOR Pad 9 5G ini boleh didapati pada harga RM1799. Hadiah percuma bernilai RM698 akan diberikan untuk setiap pembelian bagi pengguna yang mana terdiri daripada papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pensil pintar HONOR CHOICE Pencil.

HONOR Pad 9 5G ini boleh didapati dengan bayaran RM47 sebulan melalui Maxis Postpaid 79 atau RM1 sebulan dengan CelcomDigi Postpaid 5G 260. Hanya papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard yang disertakan bersama tablet untuk kedua-dua pelan telco itu. 

Tablet ini dicipta untuk mereka yang inginkan keseimbangan kerja dan hiburan. Ia mempunyai Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci, kadar segar semula 120Hz, dan nisbah skrin ke badan 88%. Paparan tablet yang diperakui oleh TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan bagi keselesaan mata pengguna, menunjukkan HONOR memberi penekanan pada kesihatan mata pengguna. 

HONOR Pad 9 turut dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk menghasilkan audio 360 darjah dengan jelas melalui penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement. HONOR Pad 9 hadir dengan kapasiti storan 256GB untuk menyimpan pelbagai koleksi multimedia. Malah, tablet ini dikuasakan oleh ipset Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 untuk prestasi cekap, dan turut menawarkan kapasiti bateri besar 8300mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard memberikan pengalaman seperti komputer riba manakala, HONOR CHOICE Pencil memberikan kelancaran dan ketepatan dengan mempunyai 4096 tahap sensitiviti tekanan. 

HONOR X7b 5G

Peranti HONOR X7b 5G ini mempunyai storan terbesar dalam kelasnya dengan RAM 16GB dan storan 256GB, yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar. Tersedia dalam dua pilihan warna menawan: Flowing Silver dan Emerald Green, dijual pada harga mampu milik iaitu RM899

Dari aspek daya tahan, bateri berkapasiti 6,000mAh memungkinkan penggunaan hingga 3 hari dengan sekali pengisian. Kamera Utama 108MP dengan sensor 1/1.67 inci memastikan hasil foto yang luar biasa, bahkan dalam kondisi pencahayaan yang kurang. Terdapat juga Mod Potret dengan zoom 2X dan fungsi rakaman video multi. Tambahan pula, pembesar suara stereo ganda memberikan volume yang 200% lebih kuat, memberikan pengalaman audio yang canggih, memastikan kepuasan pengguna ketika menonton video.

HONOR MagicBook X 16

HONOR MagicBook X 16 yang dilengkapi dengan 8GB RAM dan 512GB storan tersedia dalam warna Space Gray dengan harga RM2,999. Komputer riba ini turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM468, termasuk beg galas HONOR, langganan Microsoft 365 selama setahun, dan jaminan tiga tahun.

Paparan FullView HONOR 16 inci pada komputer riba ini mempunyai nisbah aspek 16:10, dengan Nisbah skrin ke badan yang mengagumkan sebanyak 89%, serta bezel sisi nipis berukuran hanya 4.5mm, memastikan imej yang jelas dan tajam pada resolusi tinggi 1920 x 1200.

Pemproses Intel® Core™ i5-12450H Generasi Ke-12 menawarkan empat teras prestasi yang meningkatkan peranti ini hingga 4.4GHz, memudahkan dan melancarkan tugas yang mencabar. HONOR MagicBook X 16 juga dilengkapi dengan papan kekunci besar bersaiz penuh dan papan kekunci angka bebas untuk pengalaman input yang cekap.

Ciri pintar HONOR Connect membolehkan pengguna menyambungkan telefon pintar HONOR ke HONOR MagicBook X 16 untuk mengakses dan mengurus notifikasi dengan mudah, menjawab panggilan, dan membalas mesej pada skrin yang lebih besar.

HONOR Band 9 

Jam tangan pintar HONOR Band 9 yang mempunyai reka bentuk kontemporari dan fungsi pemantauan kesihatan serta kecergasan yang canggih ditawarkan pada harga RM199. Terdapat tiga warna untuk dipilih: Purple, Black dan Blue

Mempunyai skrin AMOLED 1.57 inci dengan kadar segar semula maksimum 60Hz, HONOR Band 9 memudahkan pengguna untuk melihat notifikasi termasuk cuaca dan mesej dengan jelas.

Fungsi Fitness Age menawarkan 96 jenis latihan kecergasan, penilaian keadaan tubuh, dan pengukuran kadar oksigen, yang membantu pengguna dalam menjaga kesihatan. Bateri HONOR Band 9 boleh bertahan hingga 14 hari dengan sekali pengecasan dan disertakan dengan pengecasan magnet untuk pengisian cepat.

Selain daripada pelancaran empat peranti ini, HONOR turut memaklumkan bahawa tablet HONOR Pad X9 akan tersedia dengan peningkatan storan baru 13GB RAM dengan HONOR turbo RAM 5GB dan storan 256GB bermula 25 April, dengan harga RM1,199. Saat ini, tablet tersebut tersedia dengan RAM 7GB dan storan 128GB pada harga RM999 di kedai dalam talian HONOR.