Awal bulan Februari, Android 14 Developer Preview 1 telah pun dilancarkan dan akan digunakan sebagai sistem operasi untuk telefon Android yang terpilih untuk tahun 2023 dan 2024. Ia bawakan beberapa penambahbaikan seperti jangka hayat bateri yang lebih baik, kebolehcapaian yang dipertingkatkan serta pengubahsuaian isyarat navigasi.
Menurut garis masa yang dikeluarkan oleh Google, Android 14 akan melalui 3 fasa iaitu Dveloper Previews, Beta Release dan Platform Stability dalam tempoh 6 bulan sebelum ia keluar versi yang penghabisan. Kalau lihat pada Adroid yang sebelum ni, kemungkinan akan keluar pada Bulan Ogos atau September.
Setiap versi android ada kod nama mereka yang tersendiri dan dikaitkan dengan pencuci mulut. Android 13 atau nama lain dia Android T menggunakan nama Tiramisu. Huruf seterusnya adalah U, jadi Google beri nama Android 14, Upside Down Cake sebagai kod rujukan.
More Stories
Premium Power, Without The Premium Price – HONOR 400 Lite Is Here
realme GT 7 Officially in China with MediaTek Chip and Bigger Battery
Kemas Kini Keselamatan HyperOS April 2025 untuk Peranti Xiaomi