Menurut perkongsian terkini daripada CEO Xiaomi, Lei Jun, syarikat teknologi gergasi daripada Cina itu sudah memulakan langkah untuk menghasilkan kereta elektrik mereka pada awal tahun 2024. Usaha Xiaomi dapat dilihat dalam pembangunan kereta mereka sendiri.
Lei Jun banyak menghabiskan masa dalam industri automotif, yang mana memerlukan pelaburan yang tinggi dalam penubuhan pasukan pembangunan dan perluasan.

Sebelum ini, Xiaomi pernah bercadang untuk labur dan bina kenderaan mereka sendiri pada tahun 2021. Kereta elektrik pertama mereka dijadualkan akan keluar pada 2024 ketika itu dan ini adalah masanya kita lihat adakah mereka masih lagi kekal dengan jadual mereka.
Xiaomi juga terlibat dalam penghasilan perisian, cip dan juga teknologi swapandu untuk kenderaan mereka. Dengan pembangunan ini, Xiaomi juga cuba memasuki arena robotik yang mana menggunakan teknologi dan sensor yang sama.
Sama-sama kita nantikan perkembangan positif yang telah Xiaomi sumbangkan dalam sektor automotif ini.

 
         
                   
                   
                  
More Stories
vivo Malaysia Spreads Warmth and Hope to Rumah Victory Through Its “We Care” Program
HONOR X9d 5G; Malaysia’s Most Durable Smartphone, Now Free with Telco Plans
OPPO and Google Team Up to Redefine Mobile AI for a Smarter, More Secure Experience