DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Tablet 4G Tecno Megapad 11 Tampil Dengan Bateri Tahan Lama 8,000mAh

Tecno mengembangkan portfolio produk mereka di Malaysia dengan pelancaran tablet pertama jenama tersebut – Megapad 11. Dengan harga di bawah RM900, tablet ini hadir dengan pelbagai kelebihan yang menjanjikan pengalaman pengguna yang optimum.

Spesifikasi Tecno Megapad 11

Megapad 11 tampil dengan skrin 11-inci yang memukau, menawarkan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz untuk kelancaran paparan. Dengan nisbah skrin-ke-badan 83% dan kecerahan 440 nits, pengguna dapat menikmati visual yang jelas dan tajam. 

Tablet ini dipacu oleh pemproses MediaTek Helio G99 yang dibina menggunakan teknologi 6nm. Kombinasi RAM 8GB yang boleh dipertingkatkan sehinggi 16GB, bersama pilihan storan dalaman sehingga 256GB, menjamin prestasi yang lancar untuk pelbagai tugasan.

Keunikan Megapad 11 terserlah dengan bateri berkapasiti besar 8,000mAh yang menawarkan ketahanan luar biasa. Pengguna boleh menikmati sehingga 15.1 jam tontonan video, atau 137 jam muzik. Pengalaman multimedia dipertingkatkan dengan pembesar suara quad Dolby Audio yang menghasilkan bunyi berkualiti tinggi.

Tablet ini menampilkan reka bentuk nipis 7.58mm dan ringan 510g, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja. Ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik – Starfall Grey dan Vitality Green, Megapad 11 turut dilengkapi kamera utama 13MP untuk mengabadikan kenangan dengan jelas.

Sebagai tablet moden, Megapad 11 tidak ketinggalan dengan teknologi terkini. Ia menyokong sambungan 4G LTE dan dilengkapi pelbagai fungsi AI yang berguna. AI Text Concierge memudahkan pengurusan dokumen, manakala AI Translation menyokong terjemahan dalam lebih 50 bahasa. Teknologi AI Call Noise Cancellation pula memastikan kualiti panggilan yang jelas walaupun dalam persekitaran yang bising.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Tecno atau boleh dapatkan di DirectD.