Siri GT daripada realme merupakan kategori ‘flagship’ buat jenama tersebut, namun tidaklah kesemua peranti yang dikeluarkan di bawah siri ini mempunyai spesifikasi yang benar-benar tinggi, terutama apabila dibandingkan dengan jenama-jenama besar lain. Namun kehadiran realme GT 7 Pro, telefon pintar pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite yang menapaki pasaran Malaysia pada penghujung november 2024 lalu telah membuktikan realme mampu bersaing dan layak berada dalam kategori atasan ini.
Sesuai dengan perkataan Elite pada nama cip terbaharu daripada Qualcomm ini, prestasi yang ditawarkan memang sangat memberangsangkan dan berkeupayaan tinggi yang jelas mengatasi peranti dengan cipset terdahulu seperti Snapdragon 8 Gen 3.
Bayangkan sebuah peranti yang mampu mencapai skor AnTuTu benchmark hampir 3 juta (skor kami pada sekitar 280,000) – satu pencapaian yang bukan sahaja mengatasi pesaing terdekat MediaTek Dimensity 9400, malah di atas kertas, ia berjaya mengatasi cip terkenal daripada sebuah jenama bukan android.
Dalam ujian Geekbench 6 pula, realme GT 7 Pro terus menunjukkan dominasinya dengan skor single core 2,838 dan Multi core 8,858. Ini membuktikan keupayaan peranti ini untuk menjalankan tugasan berat dan aplikasi yang memerlukan kuasa yang tinggi seperti pengeditan dan video rendering bersaiz 4K, atau gaming pada tetapan rata kanan dan beresolusi tinggi.
Tetapi prestasi realme GT 7 Pro bukan sekadar pada nombor dan di atas kertas. Dalam penggunaan sebenar, peranti ini menunjukkan keupayaan yang mengagumkan. Mengambil contoh permainan popular seperti Honor of King, Genshin Impact atau PUBG Mobile, kesemuanya berjalan dengan begitu lancar dengan grafik yang konsisten dan cantik. Yang lebih mengejutkan, selepas 20 minit bermain, realme GT 7 Pro masih kekal suhu tanpa sedikit rasa panas pun, satu pencapaian yang sukar dilihat pada peranti lain yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 yang biasanya akan mula terasa suam. Keupayaan pengurusan haba realme GT 7 Pro benar-benar mencuri perhatian sebab ia memiliki 11480mm² Iceberg VC Cooling System.
Lebih mengagumkan lagi, realme GT 7 Pro menawarkan pilihan untuk CPU dan GPU yang boleh di custom pada GT Mode, membolehkan permainan seperti PUBG Mobile mencapai frame rate sehingga 70FPS yang konsisten sambil mengekalkan kualiti grafik yang memukau.
Apa yang menariknya, walaupun realme GT 7 Pro lebih berkemampuan daripada mana-mana peranti gaming yang sudah berada di pasaran sekarang, rekabentuk realme GT 7 Pro tampil minimalis dan tidak terlalu melampau menjadikan ia sebuah telefon pintar seimbang yang sesuai digunakan oleh mana-mana peringkat umur dan juga dalam apa jua keadaan. realme GT 7 Pro telah membuktikan rupa dan rekabentuk bukanlah ukuran untuk menjadi antara peranti paling berkuasa di Malaysia pada ketika ini.
realme GT 7 Pro sudah berada di pasaran pada harga RM3,699 dengan satu variasi sahaja iaitu 12GB RAM dan kapasiti 512GB. Buat masa ini, realme menawarkan percuma tambahan 1 tahun waranti yang bernilai RM399 dan juga realme Buds Air 5 yang bernilai RM299 secara percuma, selagi stok masih ada.
More Stories
HONOR Launches HONOR Magic7 Pro and Luxury PORSCHE DESIGN Edition in Malaysia!
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR Confirmed to Launch in Malaysia!
Be Among the Firsts to Own HONOR Magic7 Pro!