Nothing Phone (3a) akan dilancarkan pada 4 Mac 2025. Rekaan siri Phone (3a) telah tertiris dalam talian, mendedahkan rupa penuh dan beberapa maklumat lain. Siri Phone (3a) akan didatangkan dalam dua model, Phone (3a) dan Phone (3a) Pro. Kedua-dua model masih dilengkapi panel belakang lutsinar dengan reka bentuk litar belakang yang sedikit berbeza dan lampu LED Glyph yang sama dengan Phone (2a). Perbezaan utama pada kedua-dua model terletak pada susunan modul kamera. Phone (3a) menggunakan susunan kamera mendatar, manakala Phone (3a) Pro pula dilengkapi dengan tiga modul kamera yang diletakkan berasingan.


Phone (3a) dan Phone (3a) Pro dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3. Phone (3a) ditawarkan dalam dua varian RAM 8GB/128GB dan storan 128GB/256GB, manakala versi Pro pula ditawarkan satu varian RAM 12GB dan storan 256GB.
Sistem kamera belakang dikatakan adalah sama pada kedua model. Kedua-duanya menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera telefoto 50MP, cuma perbezaannya adalah sensor telefoto yang digunakan. Model Pro menyokong zum optikal 3x dan zum digital 60x, sementara model bukan Pro menyokong zum optikal 2x dan zum digital 30x.
Kedua-dua model ini dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.77 inci beresolusi FHD+ yang memukau, menawarkan kadar penyegaran 120Hz yang lancar, kecerahan puncak 3,000 nits, dan dilindungi oleh kaca Panda Glass yang tahan lasak. Bateri berkapasiti 5,000mAh memastikan anda tidak kehabisan tenaga sepanjang hari.
Nantikan pelancaran Phone (3a) yang akan berlangsung pada 4 Mac 2025.
[Sumber: GSM Arena]
More Stories
Nothing Phone (3a) and (3a) Pro Debut at MWC Barcelona 2025
Camera Button on the Side Expected for Nothing Phone (3a)
Nothing Phone (3a) Unveil on 4th March 2025