DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

Tecno Camon 40 Pro Kini Tiba di Pasaran Malaysia

Tecno baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran telefon pintar terbaru mereka, Camon 40 Pro 4G di pasaran Malaysia. Peranti ini yang telah diperkenalkan semasa acara MWC 2025 kini boleh didapati di DirectD. Pelancaran rasmi di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mac 2025. Selain daripada model 4G ini, Tecno juga merancang untuk membawa masuk varian Camon 40 Pro 5G ke pasaran tempatan pada masa akan datang.

Spesifikasi Tecno Camon 40 Pro 4G

Tecno Camon 40 Pro 4G ini ditawarkan dalam satu varian sahaja dengan RAM 8GB dan storan 256GB yang digandingkan dengan MediaTek Helio G100 Ultimate 4G. Ia mempamerkan skrin melengkung jenis AMOLED dengan resolusi FHD+ (2436 x 1080 piksel) dan kadar penyegaran 120Hz yang memberikan pengalaman visual yang lancar. Di bahagian belakang, telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP f/1.9 dengan OIS menggunakan sensor Sony LYT-701 dan kamera ultralebar 8MP, manakala di bahagian hadapan terdapat kamera selfie 50MP yang terletak pada lubang di bahagian atas skrin.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Untuk aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam skrin dan untuk ketahanan, skrinnya dilapisi dengan kaca Corning Gorilla 7i serta mempunyai penarafan kalis air dan debu IP68/IP69. Menariknya, Camon 40 Pro turut dilengkapi dengan butang fizikal khusus di bahagian tepi yang boleh digunakan untuk mengaktifkan kamera atau pembantu AI dengan cepat.

Turut menyokong NFC, WiFi 5, dan Bluetooth 5.0. Ia datang dengan sistem operasi HiOS 15 yang berasaskan Android 15. Tecno Camon 40 Pro merupakan sebahagian daripada siri Camon 40 yang juga termasuk model Camon 40, Camon 40 Pro 5G dan Camon 40 Premier 5G yang telah dilancarkan pada MWC 2025.