Sempena menyambut M4 World Championships, Infinix Malaysia berkolaborasi dengan Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dalam mengeluarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Infinix Note 12 2023 bertemakan MLBB Light Chaser Beatrix pada kotak dia. Anda boleh milikinya di semua pengedar sah dan kedai rasmi Infinix Malaysia di Lazada dan Shopee.

Selain daripada pembungkusan yang baharu, Peminat Infinix dan MLBB seluruh Malaysia akan menerima sarung telefon MLBB edisi terhad apabila membeli Note 12 2023 edisi MLBB Light Chaser Beatrix, sementara stok masih ada.
Peranti tersebut hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Volcanic Grey, Alpine White dan juga Tuscany Blue dengan dua variasi, 8GB RAM + 128GB storan dan 8GB RAM + 256GB storan. Masing-masing akan dijual pada tanda harga RM799 dan RM899.
More Stories
Royal Seal of Approval: Sultan of Pahang Gives Thumbs Up to HONOR X9d 5G
🎉 Vivo V60 Superday: Experience the ZEISS Portrait Master from Just RM1,999!
realme 15 Series to Launch in Malaysia on 18 September 2025