DMedia Channel

Tech News | Reviews | Tips by DirectDMedia

REDMAGIC Astra Gaming Tablet Dilancarkan, Harga Bermula RM2,999

REDMAGIC dengan bangganya memperkenalkan tablet perdana terbarunya, REDMAGIC Astra Gaming Tablet, yang direka khusus untuk ‘gamer’ tegar dan ‘content creator’. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite terkini, tablet ini menggabungkan reka bentuk premium dengan prestasi tinggi dan ciri-ciri canggih untuk pengalaman penggunaan yang tiada tandingan.

Reka Bentuk dan Paparan Unggul

REDMAGIC Astra tampil dengan badan logam lutsinar yang unik dan cahaya RGB dinamik, memberikan sentuhan futuristik yang menarik. Ia dilengkapi paparan OLED ultra-lancar 9.06 inci dengan resolusi 2.4K dan kadar penyegaran 165Hz, menjanjikan visual yang menawan dengan warna terang. Saiz paparan ini seimbang antara kemudahalihan dan pengalaman imersif, menjadikannya sesuai untuk ‘gaming’, multitugas, dan mobiliti. 

Dengan bezel nipis dan nisbah skrin-ke-badan 90.1%, ia menawarkan tontonan yang luas. Tambahan pula, teknologi sentuhan generasi baharu dengan cip khas dan kadar pensampelan sentuhan segera 2,000Hz memastikan responsif yang luar biasa, penting untuk permainan pantas.

Kuasa Pemprosesan dan Sistem Penyejukan Hebat

Dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite, REDMAGIC Astra adalah tablet Android paling berkuasa yang pernah dihasilkan. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan UFS 4.1 Pro 1TB, menjamin kelancaran respons dan prestasi tanpa gangguan. Cip RedCore R3 Pro yang khusus turut membantu mengurus tugasan seperti paparan dan pengurusan haba, membolehkan Snapdragon memfokuskan kepada kuasa pemprosesan.

Untuk mengekalkan prestasi optimum, Astra dilengkapi sistem penyejukan ICE-X 13 lapisan yang canggih, termasuk Liquid Metal 2.0 dan bilik wap dwi lapisan. Kipas turbo ikonik REDMAGIC yang berputar pada 20,000 RPM dengan cahaya RGB dinamik memastikan haba dilesapkan secara efisien, mengelakkan isu thermal throttling walaupun semasa sesi permainan yang panjang dan intensif.

Sambungan dan Bateri Tahan Lama

Tablet ini menampilkan port USB-C (USB 3.2 Gen 2) yang menyokong pemindahan data sepantas kilat dan output video 4K, memudahkan sambungan ke monitor luaran, pengawal permainan, dan peranti lain. Ia menyokong USB ON-THE-GO (OTG) dan membolehkan aliran kerja lancar untuk pencipta kandungan.

Dengan bateri berkapasiti besar 8,200mAh, REDMAGIC Astra menawarkan ketahanan luar biasa sehingga 33 jam penstriman video berterusan atau lebih dari 5 jam permainan intensif. Ia turut menyokong pengecasan pantas yang membolehkan bateri penuh dalam masa 64 minit.

Pengalaman Permainan dan Produktiviti Menyeluruh

REDMAGIC Astra menawarkan pengalaman audio yang mengasyikkan dengan pembesar suara stereo dwi 1620 dan pensijilan DTS:X® Ultra. Motor linear dwi paksi-X pula memberikan maklum balas getaran yang kuat, meningkatkan pengalaman permainan secara menyeluruh.

Pusat Permainan X-Gravity Gaming Center membolehkan pemain memperibadikan pengalaman ‘gaming’ dengan sokongan pencerminan skrin ultra-rendah latensi, peningkatan kadar bingkai sehingga 2K pada 120 FPS, dan keserasian luas dengan pelbagai permainan AAA.

Selain itu, Astra turut mengintegrasikan Google Gemini untuk ciri AI canggih seperti penulisan kreatif dan terjemahan masa nyata, menjadikannya alat produktiviti yang efisien. Beroperasi pada REDMAGIC OS 10.5 berasaskan Android 15, ia menyediakan ciri keselamatan seperti pengimbas cap jari dan pengecaman wajah.

Aksesori Pilihan

REDMAGIC turut menawarkan pelbagai aksesori seperti REDMAGIC Astra Stylus, pelindung skrin, dan sarung folio bermagnet. Gamepad REDMAGIC yang bakal dilancarkan pula menyediakan kawalan bertaraf konsol dengan joystick boleh tanggal, butang Hall effect, dan motor getaran linear, melengkapkan ekosistem permainan mudah alih yang mantap.

Ketersedian & Harga

NamaVarianRRPTawaran AwalKetersediaan
REDMAGIC Astra Gaming Tablet12GB + 256GBRM3,399RM2,999Free Gift
REDMAGIC 80W Charger (bernilai RM199), REDMAGIC Astra Gaming Tablet Screen Protector (bernilai RM199) dan REDMAGIC Cyber Gamepad (bernilai RM499)
Promo Prapesanan sah pada 8pm, 14 – 31 July.
Boleh didapati di Shopee REDMAGIC Official Store, Lazada Flagship Store, TikTok REDMAGIC Malaysia dan REDMAGIC Website.
16GB + 512GBRM4,199RM3,799
24GB + 1TBRM5,199RM4,799