Qualcomm secara rasmi mengumumkan bahawa cip terbaharu mereka, Snapdragon 8 Gen 5, akan dilancarkan pada 26 November 2025. Berdasarkan pernyataan di platform Weibo, pelancaran pertama akan berlaku di China, menjelang pengenalan global.
- Cip ini dibina menggunakan proses 3nm, menjanjikan peningkatan prestasi sambil mengekalkan efisiensi tenaga.
- Untuk CPU, Qualcomm menggunakan teras Oryon: teras “prime” mampu capai hingga 3.8 GHz, manakala teras prestasi lain berada di ~3.32 GHz.
- Dari segi GPU, Snapdragon 8 Gen 5 hadir dengan Adreno 840, yang direka untuk memberi kuasa graf yang tinggi tetapi tetap menjaga penggunaan kuasa supaya seimbang.
Berdasarkan info awal ini, cip ini dijangka mencatat markah AnTuTu melebihi 3.3 juta, manakala pada Geekbench 6, nilai single-core hampir 3,000 dan multi-core sekitar 10,000. Jika benar, ini meletakkan Gen 5 sebagai pesaing kuat dalam segmen flagship.
Pelancaran Snapdragon 8 Gen 5 menandakan langkah besar Qualcomm dalam mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju cip mudah alih. Dengan lonjakan prestasi, penggunaan tenaga lebih efisien, serta peningkatan GPU dan teras Oryon generasi baharu, cip ini jelas disasarkan untuk peranti flagship yang ingin memaksimakan kuasa tanpa mengorbankan ketahanan bateri.
Namun, seperti biasa, kejayaan sebenar akan bergantung kepada bagaimana pengeluar telefon memadankan cip ini dengan sistem penyejukan, perisian dan optimisasi dalaman mereka. Jika semua elemen ini digabungkan dengan baik, Snapdragon 8 Gen 5 berpotensi menjadi antara cip paling seimbang dan berkuasa untuk tahun 2026 — sekaligus membuka ruang kepada pengalaman gaming, fotografi, dan AI yang lebih maju.
(Sumber)

More Stories
The 8-Series Reimagined: Snapdragon 8 Gen 5 Brings Unprecedented Premium Performance
Samsung Unveils Galaxy XR: Opening New Worlds of Immersive AI
OriginOS 6 Is Finally Coming to Malaysia!