Xiaomi MIX Fold 3, sebuah foldable smartphone generasi baharu, akan dilancarkan pada Ogos 2023, menurut Lei Jun.
Xiaomi mendakwa bahawa mereka telah mencapai kemajuan kejuruteraan dalam beberapa bidang, terutama sekali dalam menambah periscope lens module untuk kamera, yang membolehkan four-camera system dengan Leica optical lenses pada foldable smartphone.
Ini juga menunjukkan bahawa MIX Fold 3 akan menjadi foldable smartphone pertama dengan empat kamera padanya, yang akan meningkatkan kemampuan rakaman pada peranti mudah alih.
Tarikh pelancaran tepat belum diumumkan. Kami mungkin akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai telefon baharu ini tidak lama lagi. Xiaomi bukan satu-satunya yang merancang untuk melancarkan foldable smartphone pada Ogos 2023, kerana Oppo dan jenama lain juga mempunyai matlamat yang sama.
Sumber: NoteBookCheck
More Stories
Redmi Pad SE, Watch 2 Pro, dan Smart Band 8 Turut Dilancarkan Oleh Xiaomi Di Malaysia
Xiaomi Hadir Dengan Siri Terbaru, Xiaomi 13T
DJI Mini 4 Pro, All-in-One Aerial Solution, Standard Baru Dalam Dunia Dron